Gempa Bumi 7.2 Skala Richter Landa Tajikistan

2023-02-23 15:23:43  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Tajikistan sekitar pukul 8.37 pagi tadi, lapor Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa dipantau pada 37.98 darjah garis lintang utara dan 73.29 darjah garis bujur timur pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran kuat turut dirasai di Kashgar dan beberapa tempat lain di wilayah Xinjiang, China.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan.