AS Digesa Tunjuk Keikhlasan, Betulkan Kesalahan

2023-02-23 12:33:57  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) perlu menyedari dan menangani kerosakan hubungan dengan China akibat penyalahgunaan kekerasan yang dilakukannya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin turut menggesa negara itu menunjukkan keikhlasan dan membetulkan kesalahan.

Wang berkata demikian dalam taklimat media pada Rabu sebagai balasan kepada kenyataan tidak berasas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

Blinken dilaporkan dalam hantaran di Twitter baru-baru ini sekali lagi mendakwa kapal udara China sebagai belon perisik yang mencabuli kedaulatan AS.

Menyentuh tentang hal itu, Wang berkata China telah kerap kali memberi penjelasan bahawa kehadiran kapal udara tanpa pemandu awam China di ruang udara AS ialah satu peristiwa di luar dugaan akibat force majeure.

Tambah beliau, AS tidak mempedulikan fakta, mereka-reka tohmahan ‘belon perisik’ malah mengerahkan jet pejuang menembak jatuh kapal udara itu dengan peluru berpandu. Perbuatan sebegitu seratus peratusnya merupakan penyalahgunaan kekerasan, yang membelakangi kelaziman serta konvensyen antarabangsa berkenaan.