Xi Utus Kawat Tahniah kepada Sultan Brunei

2023-02-23 13:03:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah sempena ulang tahun ke-39 kemerdekaan negara itu pada hari ini.

Xi menyatakan China dan Brunei merupakan negara jiran bersahabat, menyaksikan hubungan kedua-dua negara mengekalkan trend perkembangan yang baik.

Menurutnya, konsensus penting bagi membina ikatan bilateral lebih rapat dicapai semasa pertemuan beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Bangkok pada November tahun lalu.

Tahun ini menandakan ulang tahun kelima terjalinnya perkongsian kerjasama strategik China-Brunei.

Xi berkata beliau amat mementingkan pembangunan hubungan China-Brunei dan bersedia bersama baginda mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun berkenaan untuk memperkukuh komunikasi strategik, sekali gus mengintensifkan kerjasama di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) demi limpahan manfaat rakyat kedua-dua negara.