Syarikat Multinasional Terus Kembang Sayap di China

2023-02-24 14:48:54  CRI
Share with:

Aliran masuk pelaburan asing ke China terus merekodkan pertumbuhan mantap, walaupun aktiviti pelaburan rentas sempadan di peringkat global mengalami kemerosotan.

Prestasi itu memperlihatkan kebanyakan syarikat multinasional berhasrat mengembangkan sayap mereka di negara ini untuk jangka panjang, kata jurucakap Kementerian Perdagangan Shu Jueting.

Menurut beliau, berpuluh-puluh syarikat multinasional merancang melakukan lawatan perniagaan ke China dalam masa terdekat.

“Melalui usaha bersama pelbagai pihak, kami berkeyakinan penuh untuk menarik lebih banyak pelaburan asing pada tahun ini. 

"Kami juga akan membantu syarikat berkenaan berkembang dengan lebih baik di China,” katanya dalam sidang media pada Khamis.