China, Kemboja Ikrar Mantapkan Kolaborasi

2023-02-24 16:39:08  CRI
Share with:

China bersedia bersinergi dengan Kemboja untuk membentuk rangka kerjasama 'intan enam sisi', di samping menyokong negara itu membina 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras'.

Demikian kata Presiden China Xi Jinping yang diiringi isterinya, Peng Liyuan semasa pertemuan bersama Raja Kemboja Norodom Sihamoni dan Bonda Ratu Norodom Monineath Sihanouk di Wisma Tamu Diaoyutai di Beijing hari ini.

Xi menyatakan persahabatan China-Kemboja kekal utuh, walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa.

Ikatan muhibah kedua-dua negara telah menjadi suri teladan bagi dunia, katanya.

Dalam pada itu, Raja Sihamoni dan Bonda Ratu Monineath mensyukuri bantuan dan sokongan ditawarkan China kepada Kemboja sejak sekian lama.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kemboja. 

Raja Sihamoni bertitah, Kemboja bersedia bersama China terus memantapkan pertukaran muhibah dan kerjasama dalam pelbagai bidang sekali gus menyemarakkan persahabatan tradisional yang dijalin antara kedua-dua negara.