Pentingnya Selami Konotasi Kontemporari Semangat Lei Feng: Xi

2023-02-24 12:14:43  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menekankan peri pentingnya mendalami erti semangat Lei Feng supaya khazanah rohani itu terus bersemarak pada era baharu.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, membuat kenyataan itu sempena genap 60 tahun revolusioner generasi perintis termasuk mendiang Pengerusi Mao Zedong menulis inskripsi untuk komrad Lei Feng.

Xi berkata kempen mencontohi Lei Feng sudah dijalankan secara berterusan dan meluas dalam negeri sejak enam dekad lalu.

Nama Lei Feng dikenali setiap keluarga dan legasi yang ditinggalkannya dikenang dan diseramakkan seluruh masyarakat, hingga menjiwai rakyat China dari generasi ke generasi.

Dibuktikan bahawa semangat Lei Feng akan sentiasa relevan, tidak kira bagaimana zaman berubah.

Beliau menegaskan perlunya menyelami konotasi kontemporari semangat Lei Feng ketika menempuh perjalanan baharu, dan menuntut warga PKC serta kader berkenaan bertindak sebagai teladan dalam mewarisi legasi Lei Feng.

Xi menggesa supaya usaha dilipatgandakan untuk menjamin dan menyokong perkhidmatan sukarelawan, menggalakkan lebih ramai orang terlibat dalam kerja sukarela, dan mempromosikan kempen mencontohi Lei Feng dalam kalangan seluruh masyarakat, khususnya golongan belia.

Menurut beliau, pembudayaan semangat Lei Feng harus dipergiat lagi dalam kehidupan bermasyarakat di seluruh negeri.

Lei Feng yang lahir pada 1940, anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), dikenali ramai di China kerana khidmat baktinya kepada negara, semangat tidak mementingkan diri sendiri dan kesudian menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Malangnya dia terkorban dalam satu kemalangan ketika hanya berusia 22 tahun pada 1962.