China Komited Praktik GSI, Pelihara Keamanan Sejagat

2023-02-24 13:22:16  CRI
Share with:

China dengan tegas membantah kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat sesetengah individu di Amerika syarikat (AS) tanpa mempedulikan fakta.

Bantahan itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Pertahanan Tan Kefei ketika ditanya soalan tentang kapal udara tanpa pemandu awam China yang dituduh AS sebagai 'belon intip'.

Tan berkata ancaman sebenar bagi keselamatan dan kestabilan sejagat dan rantau adalah nilai penting diri serta nilai keselamatan berfikiran sempit dan mentaliti mainan campur tolak yang dipegang oleh segelintir negara.

Menurutnya, sejak sekian lama, China aktif memikul tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa sambil berdiri teguh memelihara keamanan dan ketenteraman dunia.

"Kami tidak pernah menunjuk-nunjuk kekuatan tentera ataupun mencetuskan peperangan dan huru-hara di negara lain.

"Angkatan tentera China sentiasa komited mempraktikkan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan berbakti untuk visi komuniti berkongsi nasib sesama insan," tegas beliau semasa sesi taklimat pada Khamis.