15.6 Juta Kargo Diangkut Melalui Landasan Kereta Api China-Laos

2023-02-24 12:28:44  CRI
Share with:

Jumlah kumulatif kargo yang diangkut menerusi landasan kereta api China-Laos mencecah 15.6 juta tan sejak beroperasinya landasan itu.

Sejak awal tahun ini pula, jumlah pengangkutan kargo rentas sempadan melebihi 600,000 tan, antaranya kargo import sebanyak 510,000 tan, menokok lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

Difahamkan, perkhidmatan kargo menerusi landasan berkenaan telah ditawarkan oleh 25 buah provinsi dan bandar di China setakat ini, meliputi negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan Singapura.