China Kemuka Pendirian Isu Ukraine secara Politik

2023-02-24 13:18:02  CRI
Share with:

Kementerian Luar China hari ini mengemukakan dokumen pendirian China berhubung penyelesaian krisis Ukraine secara politik.

 

China mengesyorkan supaya kedaulatan pelbagai negara dihormati dan mentaliti Perang Dingin perlu ditolak.

 

Memetik dokumen berkenaan, kewujudan keselamatan sesebuah negara tidak boleh menjejaskan negara lain, dan keselamatan serantau tidak boleh dijamin dengan pengukuhan mahupun perluasan blok ketenteraan.

 

Di samping itu, kepentingan dan keprihatinan yang munasabah pelbagai negara mengenai keselamatan perlu dititikberatkan serta ditangani secara baik.

 

Selain itu, China juga menyarankan pihak yang berkonflik melaksanakan gencatan senjata dan mengadakan rundingan damai.

 

Pelbagai pihak digesa bersikap rasional dan bermunasabah, serta mengelakkan tindakan mengapi-apikan situasi dan meruncingkan ketegangan.

 

Memandangkan dialog dan rundingan dianggap jalan tunggal bagi menyelesaikan krisis Ukraine, China melihat bahawa segala usaha yang bermanfaat bagi penyelesaian krisis secara damai perlu digalakkan dan disokong.

 

Antara isu lain yang turut ditekankan China dalam dokumen itu termasuk penyelesaian masalah kemanusiaan, perlindungan rakyat jelata dan tahanan perang, keselamatan loji janakuasa elektrik nuklear, pengurangan risiko strategi dan kerancakan pengangkutan bahan makanan.

 

China juga menggesa agar sekatan sepihak dibatalkan serta usaha dilakukan bagi menjamin kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan, selain mendorong pembangunan pasca perang.