Krisis Ukraine Beri Banyak Pengajaran

2023-02-25 15:21:12  CRI
Share with:

Beijing mengambil pendirian objektif dan adil dalam isu Ukraine, aktif menggalakkan rundingan damai serta berperanan konstruktif dalam menggerakkan penyelesaian krisis berkenaan.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin sempena genap setahun tercetusnya krisis Ukraine.

Wang berkata krisis Ukraine berlaku di Eropah, tetapi kesannya dirasai di seluruh dunia.

“Krisis terbesar di Eurasia sejak Perang Dunia Kedua (WWII) itu memberi banyak pengajaran kepada kita semua,” kata beliau semasa taklimat harian di Beijing, pada Jumaat.

Walaupun Perang Dingin sudah berakhir namun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih lagi wujud, menurut Wang.

“Ia selalu bertindak melangkaui zon dan skop pertahanan konvensionalnya, malah mencetuskan ketegangan dan permasalahan di Asia Pasifik.

“Pertubuhan itu sepatutnya merenung dan melihat kembali kelakuan diri sendiri. Janganlah cetuskan kacau-bilau di sana sini,” tambah beliau.

Wang mengingatkan blok ketenteraan itu bahawa amalan dwistandard boleh mengundang padah pada diri sendiri.