2,977 Wakil NPC Sah Layak

2023-02-25 14:15:51  CRI
Share with:

Kesemua 2,977 wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 disahkan layak selepas laporan pencalonan diluluskan dalam sesi ke-39 Jawatankuasa Tetap NPC ke-13 yang berlangsung di Beijing pada Jumaat.

Antaranya, terdapat 442 wakil daripada kesemua 55 etnik minoriti, menempati 14.85 peratus keseluruhan wakil berkenaan.

Perwakilan NPC dipilih dengan mewakili segenap lapisan masyarakat membabitkan setiap kawasan, etnik dan sektor di seluruh China.