Misi yang Berjaya Diselesaikan Kru Shenzhou-15 di Ruang Angkasa

2023-02-27 14:55:03  CRI
Share with:

Kru kapal angkasa lepas pembawa angkasawan Shenzhou-15 China telah berada di stesen angkasa selama tiga bulan, dengan jumlah misi selesai adalah separuh daripada yang telah dijadualkan.

Misi penerbangan Shenzhou-15 merupakan misi akhir bagi fasa pembinaan stesen angkasa China serta misi pertama bagi pengaplikasian dan pembangunan stesen itu.

Kru dari kapal Shenzhou-14 dan ke-15 menyempurnakan penyerahan misi di stesen angkasa dan ia sekali gus mencipta rekod untuk sejarah penerbangan ruang angkasa China.

Setelah memasuki stesen angkasa, kru Shenzhou-15 menjalankan pemeliharaan dan penjagaan persekitaran secara berterusan.

Ketiga-tiga angkasawan itu turut melakukan pemasangan dan pengubahsuaian peralatan eksperimen di stesen.

Angkasawan juga berjaya menyelesaikan eksperimen sains, riadah dan pemeriksaan fizikal dalam orbit di stesen.

Selain misi-misi tersebut, kru Shenzhou-15 telah menjalankan sekali aktiviti luar kenderaan (EVA).