Sidang Perlindungan dan Pembangunan Hak Cipta Intelek Siber China ke-7 Dirasmikan

2023-02-27 11:34:00  CRI
Share with:

Sidang Perlindungan dan Pembangunan Hak Cipta Intelek Siber China ke-7 anjuran bersama Jabatan Hak Cipta Intelek Negara dan kerajaan provinsi Sichuan telah dirasmikan di Chengdu, Sichuan pagi tadi.

“10 Kes Kempen ‘Jianwang 2022’” dan “Catatan Inovasi dan Pembangunan Pengesahan Perisian Era Baharu” telah diumumkan dalam sidang tersebut, yang juga akan menyaksikan berlangsungnya 6 aktiviti komponen seperti 'Forum Inovasi dan Pembangunan Pengesahan Perisian' serta 'Forum Pembinaan, Pengawalan dan Perkongsian Bersama Industri Hak Cipta Intelek Klip Video dalam Dunia Siber'.