Sidang Pleno ke-2 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Mula Berlangsung

2023-02-27 11:34:01  CRI
Share with:

Sidang pleno kedua Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) penggal ke-20 diadakan di Beijing  pada Ahad.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping, membentangkan laporan kerja bagi pihak Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dalam sidang tersebut.

Para hadirin sidang pleno tersebut akan membahaskan draf rancangan mengenai pembaharuan Parti dan institusi negara, serta senarai nama calon untuk jawatan utama institusi negara yang akan disyorkan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC kepada sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 dan calon untuk jawatan utama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang akan disyorkan kepada sesi pertama Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14.