Ribuan Rakyat Itali Desak NATO Hentikan Bekalan Senjata ke Ukraine

2023-02-27 15:26:00  CRI
Share with:

Ribuan orang Itali mengadakan tunjuk perasaan di Genoa and Milan kelmarin untuk mendesak negara NATO menghentikan pembekalan senjata kepada Ukraine.

Dimaklumkan, antara 4,000 orang yang terlibat dalam tunjuk perasaan di Genoa, terdapat juga warga dari Switzerland dan Perancis selain rakyat setempat.

Di sekitar pelabuhan Genoa,  penunjuk perasaan telah menduduki jalan-jalan yang berhampiran dengan menyaringkan slogannya bahawa pembekalan senjata kepada Ukraine tidak selaras  dengan undang-undang antarabangsa dan kerajaan Itali digesa menutup pelabuhan  terbabit yang digunakan untuk pengangkutan senjata. Seramai ratusan penunjuk  perasaan di Milan pula membantah kerajaan negara Barat membekalkan senjata  kepada Ukraine, di samping menyeru penyelesaian konflik secara  damai.