China Anjur Pameran Pencapaian Projek Angkasa Lepas Bermanusia
Pameran tentang pencapaian projek penerokaan angkasa lepas bermanusia China dalam 30 tahun membuka tirainya di Beijing, mutakhir ini.
Ia merupakan julung-julung kalinya perkembangan dan pencapaian projek angkasa lepas bermanusia dipamerkan kepada khalayak ramai secara menyeluruh dan sistematik, termasuk model peralatan seperti kapal angkasa membawa angkasawan terkini, dan peralatan pendarat.
Turut dipamerkan adalah model teras Tianhe berskala 1:1 yang boleh dikunjungi, model kombinasi stesen angkasa lepas dengan skala 1:4, model roket pembawa Long March, kapsul pengembalian Shenzhou-13 dan lain-lain.
Difahamkan, beberapa sesi pempopularan pengetahuan sains angkasa lepas juga akan diadakan di Muzium Negara dalam tempoh pameran tersebut. Pakar dalam bidang aeroangkasa akan memberikan syarahan tentang perkembangan dan pencapaian projek angkasa lepas China dalam tempoh tiga dekad lalu.
Selain itu, angkawasa turut akan diundang untuk berkongsi pengalaman melatih dan bertugas di ruangan angkasa.
Projek angkasa lepas bermanusia China ditubuh pada 1992, dan stesen angkasa China berjaya disiapkanpada 2022.
Kini, China telah masuk fasa penggunaan dan pembangunan stesen angkasa.