Kemekaran Bunga Plum Jadi Daya Tarikan

2023-02-28 11:11:39  CRI
Share with:

Bunga plum yang mekar menghiasi kampung Chang'antang di kaki Gunung Qinling di bandar Xi'an, provinsi Shaanxi menjadi daya tarikan bagi para pengunjung untuk bersiar-siar dan berswafoto buat musim bunga sekarang ini.

Berasaskan kerja-kerja memulihara perkampungan kuno, kerajaan tempatan turut mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan bersepadu industri pertanian, budaya dan pelancongan demi memacu kemajuan desa.