AS Lagi Menolak Pemilihan Hakim Baharu Badan Rayuan WTO

2023-02-28 13:24:52  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menolak usul yang dikemukakan bersama oleh 127 anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang menggesa prosedur pemilihan hakim baharu bagi Badan Rayuan dilakukan semula dalam mesyuarat rutin mekanisme penyelesaian persengketaan WTO pada Isnin. Ini merupakan kali ke-63 usul itu menemui halangan.

Guatemala mewakili 127 buah anggota WTO menyampaikan ucapan bahawa begitu banyak anggota bersama-sama mengemukakan usul tersebut menggambarkan keprihatinan bersama pelbagai pihak terhadap keadaan Badan Rayuan sekarang ini yang sangat terjejas dalam mekanisme penyelesaian persengketaan WTO. Lakuan AS yang tidak mempunyai rujukan undang-undang yang bertujuan mengganggu prosedur pemilihan hakim baharu itu, sudah menjadikan hak dan kepentingan para anggota WTO terjejas.

Badan Rayuan WTO selaku “mahkamah tertinggi” dalam senario perdagangan global terpakasa digantung kerana kekurangan staf selepas AS bertindak menghalang proses pemilihan hakim baharu pada penghujung tahun 2019, dan selanjutnya mengakibatkan sebahagian fungsi WTO dalam menyelesaikan persengketaan lumpuh.