China Giat Jayakan Pengeluaran Industri

2023-02-28 15:18:25  CRI
Share with:

Setelah memasuki tahun baharu 2023, "sibuk" menjadi kata kunci dalam barisan terdepan industri di China dan pelbagai firma turut giat menjayakan pengeluaran.

Di bandar Qingdao, provinsi Shandong di timur China, pekerja dilihat sedang menghasilkan pakaian untuk diekport ke luar negara.

Di bandar Linyi, provinsi Shandong, pekerja sedang menghasilkan tayar sebelum dieksport ke Asia Tenggara.

Di syarikat teknologi optoelektronik bandar Huaian, provinsi Jiangsu, pekerja sedang memproses teras pencetak.

Pekerja di sebuah firma pengeluar basikal di bandar Zhuji, provinsi Zhejiang sedang memasang basikal kanak-kanak.

Di bengkel Kilang Motor Harbin di provinsi Heilongjiang, mesin kimpalan automatik laser sedang beroperasi.