Nilai Pengeluaran Kluster Industri Pembuatan Canggih China Mencecah RMB20 Trilion

2023-02-28 13:23:30  CRI
Share with:

Nilai pengeluaran 45 buah kluster industri pembuatan canggih peringkat negara China mencecah RMB20 trilion (RM13 trilion) pada tahun 2022. Demikian dimaklumkan daripada Sidang Tahunan Ekonomi Perindustrian China ke-4 semalam.

Kini terdapat 18 buah pusat inovasi industri pembuatan peringkat negara yang sudah siap dibina, yang menempati 70% jumlah keseluruhan negara ini.  Selain itu, terdapat juga lebih 1,700 buah badan pelaksana teknologi inovatif peringkat negara dalam industri pembuatan.

Menurut Naib Ketua Bahagian Rancangan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), Yao Jun bahawa pihaknya akan menyediakan suasana pembangunan yang lebih baik kepada perusahaan sederhana dan kecil (PKS) yang profesional, istimewa dan inovatif pada tahun ini, dan terus memperbaiki langkah-langkah berkenaan agar dapat memupuk lebih 80,000 buah PKS jenis itu menjelang tahun 2023.