Xi Jinping Cakna Khazanah Budaya - Episod 10: Fahami Masa Kini dengan Mengkaji Masa Lalu

2023-03-01 14:09:53  CRI
Share with:

"Fahami masa kini dengan mengkaji masa lalu."

Petikan terkenal dari "Analects of Confucius" tersebut membawa maksud "mengkaji semula apa yang telah dipelajari dan mempelajari sesuatu yang baharu."

Presiden China, Xi Jinping memetik kata-kata ini pada simposium antarabangsa sempena memperingati ulang tahun ke-2,565 kelahiran Confucius.

"Kita hanya boleh membuka masa depan apabila kita mengingati sejarah.

"Kita hanya boleh berinovasi apabila kita pandai mewarisi,” ujar beliau.

Xi juga berkata, budaya tradisional yang gemilang adalah elemen asas kepada pewarisan serta pembangunan sesebuah negara atau bangsa, dan turut menyifatkan kehilangannya sebagai mampu memutuskan talian hayat kerohanian negara mahupun bangsa.