Kali ke-63, AS Mengamuk Lagi dalam WTO
Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menggunakan “kuasa veto seundi” dengan sewenang-wenangnya, menolak usul tentang memulakan prosedur pemilihan hakim baharu bagi Badan Rayuan dalam mesyuarat rutin mekanisme penyelesaian persengketaan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Isnin. Ini merupakan kali ke-63 usul seumpama itu terkandas walaupun ia dikemukakan bersama oleh 127 anggota WTO.
Guatemala mewakili 127 buah anggota WTO menyampaikan ucapan bahawa lakuan yang tidak mempunyai rujukan undang-undang yang bertujuan mengganggu prosedur pemilihan hakim baharu itu, sudah menjadikan hak dan kepentingan para anggota WTO terjejas.
Badan Rayuan WTO selaku “mahkamah tertinggi” dilengkapi tujuh hakim yang bertugas tetap, dan mekanismenya boleh beroperasi dengan normal hanya dengan adanya sekurang-kurangnya tiga hakim yang bertugas. Oleh sebab gangguan kerajaan AS terhadap pelantikan hakim baharu pada beberapa tahun lalu, hanya tinggal seorang hakim sahaja yang bertugas pada Disember tahun 2019, yang mengakibatkan mekanisme itu terpaksa berhenti sekali gus membawa krisis yang paling buruk dalam sejarah WTO. Selanjutnya, tempoh perkhidmatan semua hakim Badan Rayuan tamat pada 30 November tahun 2020.
AS selaku salah sebuah pengasas WTO, kenapa selalu mengganggu pengoperasian WTO pada beberapa tahun kebekangan ini? Ada penganalisis berpendapat bahawa seiring dengan munculnya entiti ekonomi baharu, AS menganggap peraturan WTO tidak lagi berfaedah bagi memelihara kepentingan sendiri, malah boleh menyekat “kebebasannya” untuk memperkenalkan dasar perdagangan. Washington sesuka hati melaksanakan dasar perlindungan perdagangan, dan melancarkan perang perdagangan dengan China dan Kesatuan Eropah. Bagi AS, jika WTO tidak boleh diubahsuai untuk kegunaannya, mekanisme penyelesaian persengketaan WTO boleh dibiarkan lumpuh saja. Dengan begini, pihaknya sekurang-kurangnuya dapat mengelakkan keputusan yang tidak beruntung bagi mereka daripada di dibuat.
Peraturan antarabangsa bukan peraturan domestik AS sendiri, dan tidak boleh hanya digunakan untuk negara itu sahaja. Terdapat juga segelintir orang AS yang cuba menyelesaikan persengketaan perdagangan melalui tunjuk otot sehingga memaksa negara lain bertolak ansur. Ini dilihat bukan sahaja menginjak-injak peraturan perdagangan bebas dan juga menjejaskan peraturan tadbir urus multilateralisme. Di tengah-tengah arus zaman globalisasi ekonomi dunia pada masa ini, seluruh dunia mustahil memberikan bayaran untuk dasar “AS diutamakan”. Jika degil mengamuk di pentas WTO, AS sebenarnya bertindak sama seperti menjeret leher sendiri.