Xi Jinping Cakna Khazanah Budaya - Episod 7: Khazanah 'Pulau Bangau’

2023-03-01 14:05:15  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) telah diadakan di Xiamen pada September 2017.

Pada majlis jamuan alu-aluan, Presiden China, Xi Jinping turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan bandar yang tempat beliau bekerja suatu ketika dahulu.

Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa Xiamen yang mempunyai pemandangan nan indah dan iklim nan menyenangkan merupakan antara taman laut terkenal di China.

“Sebulan yang lalu, Kulangsu, sebuah pulau kecil di Xiamen yang dikenali sebagai 'muzium seni bina global' dan 'penempatan antarabangsa bersejarah' telah disenaraikan secara rasmi sebagai Warisan Dunia, menambah warna baharu bandar ini," ujar Xi ketika itu.