WIPO: China Tangga Pertama Ranking Paten Antarabangsa PCT

2023-03-01 16:08:10  CRI
Share with:

China, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan dan Jerman mendahului negara lain dalam ranking jumlah permohonan paten antarabangsa PCT dalam kerangka Perjanjian Kerjasama Paten dalam Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada tahun 2022. Antaranya, China mempertahankan tempat pertama dengan permohonannya satu perempat jumlah keseluruhan.

Menurut laporan terkini WIPO semalam, jumlah permohonan dari China pada tahun lepas meningkat 0.6% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat sebanyak 70,015. Antaranya, perusahaan Huawei mengekalkan kedudukannya sebagai pemohon terbesar dengan jumlahnya mencatat 7,689.

Sementara itu, permohonan yang dikemukakan menerusi sistem cap dagang antarabangsa (atau dikenali sebagai Protokol Madrid) mencecah 69,000, antaranya 4,991 dari China, negara yang menduduki tempat ketiga.

Ketua Pengarah WIPO, Daren Tang berkata, jumlah permohonan harta intelek antarabangsa kekal pada paras yang stabil pada tahun 2022. Pemeteraian China terhadap Perjanjian Hague Agreement mengenai Pendaftaran Antarabangsa Reka Bentuk Industri kondusif bagi semua negara termasuk China dalam mengemukakan permohonan terbabit, dan juga membuktikan kerjasama multilateral boleh menyejahterakan semua manusia.