Jawatankuasa Pusat PKC Adakan Mesyuarat Perundingan Demokratik

2023-03-01 14:27:23  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan satu mesyuarat perundingan demokratik pada Selasa untuk memberikan maklumat kepada tokoh-tokoh daripada parti-parti bukan PKC, Persekutuan Industri dan Perniagaan Seluruh China (ACFIC) dan perwakilan tidak berparti berhubung Rancangan Pembaharuan Parti dan Institusi Negara, senarai calon untuk jawatan utama institusi negara yang akan disyorkan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC kepada sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 dan senarai calon untuk jawatan utama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang akan disyorkan kepada sesi pertama Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14. Sesi libat urus untuk mendengar pendapat mereka turut diadakan.

 Presiden China Xi Jinping, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat mempengerusikan mesyuarat itu dan menyampaikan ucapan.

Beliau menzahirkan harapan agar tokoh-tokoh daripada parti-parti bukan PKC, ACFIC dan kaum berkecuali bersungguh-sungguh menyokong Rancangan Pembaharuan Parti dan Institusi Negara dan berusaha memastikan sidang tahunan NPC dan CPPCC berjalan lancar.  

Mereka juga diharap aktif dalam mengemukakan cadangan dan menghimpunkan konsensus, serta bersatu padu memperjuangkan sasaran pembangunan negara sepanjang tahun ini.