Sidang Pleno ke-2 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berakhir

2023-03-01 11:21:08  CRI
Share with:

Sidang pleno kedua Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) penggal ke-20 yang berlangsung selama tiga hari berakhir di Beijing pada Selasa.

Para hadirin sidang pleno tersebut meluluskan senarai calon untuk jawatan utama institusi negara yang akan disyorkan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC kepada sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 dan senarai calon untuk jawatan utama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang akan disyorkan kepada sesi pertama Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14.

Pada masa yang sama, Rancangan mengenai Pembaharuan Parti dan Institusi Negara juga diluluskan dalam sidang tersebut.

Usaha memperincikan pembaharuan Parti dan institusi negara sebagai salah satu tugasan yang ditetapkan dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC pada bulan Oktober lalu, merupakan komponen penting dalam senario China memperhebat pimpinan PKC dan menggalakkan pewujudan modenisasi dalam sistem tadbir urus negara dan peningkatan keupayaan.

Di samping itu, sidang pleno tersebut juga menggariskan kerja bagi mencapai pelbagai sasaran pembangunan sosioekonomi pada tahun ini.