Sikap AS yang Angkuh dan Membuli Terdedah dalam Laporannya

2023-03-02 13:26:34  CRI
Share with:

China membantah amalan unilateralisme Amerika Syarikat (AS) dan tindakannya yang bersifat membuli yang wujud sejak sekian lama yang bukan sahaja mengabaikan pencapaian China yang signifikan dalam menunaikan  janjinya kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), tetapi juga meremehkan  prestasi China dalam pembangunan ekonomi pasaran, menafikan sumbangan China yang  gemilang terhadap sistem perdagangan multilateral dan pembangunan ekonomi  global, dan membuat penilaian terhadap negara anggota lain berdasarkan piawaian negara sendiri tanpa rujukan perundangan dan fakta.

Demikian dinyatakan seorang petugas Kementerian Perdagangan China semalam berhubung "Laporan Edisi 2022 mengenai  Penunaian Komitmen China Setelah Menganggotai WTO" yang disiarkan Jabatan Perwakilan Perdagangan AS.

Menurut beliau, dalam tempoh lebih dua dekad lalu, China sebagai negara membangun terbesar di dunia, tidak pernah berganjak daripada menyokong sistem perdagangan multilateral, mengamalkan  multilateralisme, menunaikan semua komitmennya kepada WTO, di samping menyempurnakan sistem pasaran ekonomi dan sistem perundangan, meningkatkan tahap keterbukaan secara sistematik beserta ketelusan dalam penguatkuasaan dasar, giat  melibatkan diri dalam rundingan tentang pembaharuan WTO, dan berinisiatif membantu negara membangun yang lain khasnya negara-negara yang paling mundur. Prestasi China jelaslah sudah mendapat pengiktirafan meluas di kalangan anggota  WTO.

Tambah petugas itu, Beijing menyeru Washington segera membetulkan kesalahannya, bersungguh-sungguh mematuhi peraturan WTO dan menunaikan komitmennya, serta memainkan peranan wajar bagi melindungi kewibawaan, keutuhan dan keberkesanan sistem perdagangan pelbagai  hala.