Tahniah China, Cote d'Ivoire atas Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik

2023-03-02 13:28:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Cote d'Ivoire, Alassane Ouattara hari ini saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik.

Xi berkata, China dan Cote d'Ivoire sejak sekian lama bersikap ikhlas memupuk persahabatan dan saling menyokong dalam menangani isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama, sehinga menjadi teman dan rakan penting dalam pembangunan dan pembangkitan. Pada tahun lepas, kedua-dua pihak sudah mencapai persepakatan baharu bagi memperdalam  kerjsama dalam pelbagai bidang.

"Saya mementingkan hubungan bilateral dengan Cote d'Ivoire dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden Ouattara,  memanfaatkan momentum ulang tahun, memperkukuh sokongan antara satu sama lain, mengintensif kerjasama pelbagai aspek, serta mendorong penaiktarafan hubungan  bilateral demi kesejahteraan rakyat," kata  Xi.

Ouattara berkata, di sebalik perkembangan hubungan bilateral dengan China pada taraf tinggi dalam tempoh empat dekad lalu, Cote d'Ivoire merakam ucapan terima kasih atas sokongan China dalam pembangunan infrastruktur dan sumber tenaga domestiknya. Pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama dengan China, dan menggalakkan hubungan persahabatan antara satu sama lain mara ke era baharu yang bersimbolkan perpaduan dan bantu-membantu, pertukaran akrab serta hasilan yang melimpah.