Politik Beracun Lebih Teruk daripada “Kereta Api Beracun”

2023-03-02 14:32:57  CRI
Share with:

Ketika menyebut tentang insiden terbocor bahan kimia beracun (VC--Vinyl Chroride) dari kereta api yang terbabas dari landasannya pada sebulan yang lalu, Mandy, penduduk pekan Palestin Timur, negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) berkata dia tidak mempercayai perkataan pegawai kerajaan kerana kesihatannya dan anaknya terus mengalami masalah.  

Pada hujung bulan Februari, Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS, Michael Regan tiba di tapak kemalangan sekali lagi dan menyifatkan kualiti air dan udara tempatan sebagai selamat. Tetapi sehari sebelumnya, bekas petugas Wilayah ke-2 EPA, Judith Enck pernah berkata kepada wartawan bahawa belum tahu apa sebabnya sejumlah penduduk tempatan jatuh sakit, dan yang sudah dijelaskan ada masalah itu adalah udara dan air.

Kesan parah ekoran kemalangan "kereta api beracun" kian hari kian merebak dan menjadi semakin ketara seiring dengan masa berlalu. Semakin ramai penduduk tempatan didapati menghidap penyakit yang bermacam-macam khasnya penyakit bronkitis.

Anggaran Jabatan Sumber Asli Ohio pada 23 Februari menunjukkan sebanyak 44,000 haiwan mati akibat air tercemar di kawasan berhampiran tapak kejadian kemalangan itu. Pada masa yang sama, terdapat semakin banyak negeri dilaporkan terkesan insiden terbocor bahan kimia dari "kereta api beracun" yang terbabas.

Mendepani ancaman keselamatan alam sekitar yang begitu serius, politikus AS menunjukkan respons pertamanya, iaitu  mencari kambing hitam dan menyalahkan pihak lain. Selepas berakhirnya fasa awal yang menyaksikan gejala "berdiam diri", kemalangan "kereta api beracun" Ohio segera menjadi topik baharu dalam persengketaan dua parti utama di negara tersebut.

Parti Republikan mengecam kerajaan Demokrat sekarang kurang peka akan kemalangan itu, mengkritik presiden AS lebih sudi melawat ke Kiev daripada menziarahi penduduk Ohio, bahkan membandingkan kegagalan dalam usaha memberi bantuan dan menyelamatkan penduduk pekan Palestin Timur dengan bantuan yang dihulurkan kepada Ukraine. Parti Demokrat pula menuduh kerajaan penggal sebelumnya yang diterajui Republikan melonggarkan kawalan ke atas barangan berbahaya dalam pengangkutan kereta api.

Sungguh malangnya nasib rakyat AS, walaupun merupakan penduduk di negara yang paling berkuasa di dunia ini, lebih-lebih lagi bagi mangsa-mangsa tempatan yang terpaksa meminta perhatian dari media negara-negara lain.

Ini ironi besar bagi politikus AS dan ejekan terhadap apa yang disebut "hak asasi manusia" yang selalu meniti di bibir mereka.