China Tekankan Konsep Pembangunan Berpusatkan Rakyat

2023-03-02 13:04:36  CRI
Share with:

Wakil Tetap China bagi urusan PBB dan pertubuhan antarabangsa lain di Geneva, Chen Xu semasa menghadiri satu sidang peringkat tinggi di bawah Mesyuarat ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk memperingati ulang tahun ke-35 Deklarasi Hak dan Kepentingan Pembangunan, menegaskan bahawa hendaklah mengekalkan konsep pembangunan yang berpusatkan rakyat.

Menurut Chen, pelbagai negara dikehendaki mengekalkan konsep tersebut, dan menonjolkan pembangunan dan kehidupan rakyat sepanjang pelaksanaan dasar makro.

Chen berkata, Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran China bertujuan mendorong kerjasama pembangunan dalam senario global. Oleh itu, China bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membentuk hubungan rakan pembangunan global yang bersatu-padu, sama rata, seimbang dan relevan dengan khalayak ramai.

Chen menekankan bahawa pelbagai pihak termasuk Majlis Hak Asasi Manusia dan Pejabat Pesuruhanjaya Kanan Hal Ehwal Hak Asasi Manusia PBB diharap terus meningkatkan perhatian terhadap hak pembangunan dan melaksanakan pelbagai komitmen utama yang terkandung dalam Deklarasi tersebut melalui tindakan substantif.