Xi Utus Kawat Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam

2023-03-02 21:51:54  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat tahniah kepada Vo Van Thuong atas terpilihnya sebagai Presiden Vietnam.

Xi menyatakan bahawa China dan Vietnam, dua negara sosialis yang berjiran mempunyai persahabatan yang kukuh. Sejak tahun lalu, beliau bersama dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong telah mencapai konsensus penting tentang terus memperkukuh persahabatan tradisional, merancakkan komunikasi strategik, memperkasa kerjasama yang saling menguntungkan, dan bersinergi menggaris hala tuju untuk membangunkan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam pada era baharu.

Xi menyatakan bahawa beliau amat mementingkan hubungan dengan Vietnam dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden Vo Van Thuong untuk mendorong hubungan bilateral terus berkembang dengan sihat dan stabil dan terus maju jaya ke arah pembinaan komuniti berkongsi nasib yang bermakna strategik bagi kedua-dua negara.