Manipulasi Politik FBI Beralasan Rungkai Asal Usul COVID-19

2023-03-02 16:08:41  CRI
Share with:

China tegas membantah sebarang manipulasi politik yang beralasan merungkai asal usul COVID-19.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning semalam untuk membalas dakwaan dikeluarkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mengenai asal usul COVID-19.

Menurut laporan berkenaan, FBI mendakwa koronavirus baharu kemungkinan besar terbocor dari sebuah makmal di Wuhan.

Mao menegaskan bahawa “sangat mustahil virus terbocor dari makmal” adalah keputusan saintifik yang berwibawa yang dibuat oleh kumpulan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan China selepas meninjau makmal berkenaan di Wuhan dan berinteraksi dengan ahli penyelidikan sains secara mendalam. Keputusan siasatan yang tercatat dalam laporan berkenaan mendapat pengiktirafan yang menyeluruh  dari masyarakat antarabangsa dan sektor sains.

Mao berkata, badan perisikan mencampur tangan dalam hal-ehwal sains sama dengan bertindak mempolitikkan isu merungkai asal usul COVID-19. AS sekali lagi menguar-uarkan dakwaannya tentang “kebocoran makmal” dengan motifnya mencoret arang pada muka China hanya akan menjadi sia-sia sahaja, malah menyebabkan nama diri sendiri tercemar.

Mao mendesak AS menghormati sains dan hakikat, berhenti menjejaskan kesatupaduan masyarakat antarabangsa dan kerjasama sains global dalam merungkai asal usul COVID-19.