Pemimpin Badan Utama Serahkan Laporan Kerja kepada Jawatankuasa Pusat PKC dan Setiausaha Agung

2023-03-03 11:26:01  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Setiausaha Agungnya, Xi Jinping telah menerima laporan kerja yang diserahkan kelompok pemimpin badan utama  baru-baru ini.

Kelompok pemimpin tersebut melibatkan ahli Biro Politik dan Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, pucuk pimpinan PKC yang menerajui Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Dewan Negara dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, serta dua setiausaha PKC yang menerajui Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Tertinggi.    

Tahun 2023 merupakan tahun pertama pelaksanaan hala tuju dan gagasan yang tercapai dalam Kongres Kebangsaan PKC ke-20.

Adalah mustahak untuk memartabatkan fikiran Xi Jinping mengenai amalan sosialisme bercirikan China pada era baharu, dan menegakkan kewibawaan serta mengukuhkan tampuk kuasa Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi.

Selain itu, hendaklah menyemarakkan semangat bersatu padu untuk mewujudkan permulaan yang baik dan meletakkan asas yang kukuh dalam membangunkan satu negara sosialis yang moden secara menyeluruh dan memperjuangkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China.