China Bantah Tindakan AS yang Bermuka Dua

2023-03-03 13:30:50  CRI
Share with:

Mengenai dakwaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken yang memfitnah China 'menunggu dan memanfaatkan kesempatan' dari kedua-dua pihak berkonflik Rusia dan Ukraine, Juruckakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China sentiasa memegang pendirian objektif dan adil, berusaha mendorong rundingan bagi penyelesaian krisis melalui langkah politik. Mao mendesak AS yang bermuka dua sebaiknya bertindak mengkaji diri dan menghentikan lakonan politiknya.

Menurut Mao, AS berlagak besar bahawa pihaknya menghormati kedaulatan wilayah setiap negara, tetapi bertindak melanggar komitmen politik yang dibuatnya kepada China dalam isu Taiwan, misalnya tidak berhentik menjual senjata canggih kepada Taiwan. AS melabelkan diri sebagai pencinta kedamaian, namun bertalu-talu mencetuskan peperangan dan menghasut pertentangan di seluruh dunia. AS berlagak menegaskan perlu melindungi tata tertib antarabangsa, namun asyik melakukan sekatan sepihak yang haram berdasarkan rujukan undang-undang domestinya yang diletakkan di atas undang-undang antarabangsa. AS yang mencanangkan perlu bersaing secara adil, selalu bertindak sebalik dengan menginjak-injak peraturan perdagangan antarabangsa, misalnya mengenakan sekatan dan penindasan terhadap syarikat negara lain berdasarkan kuasa negaranya tanpa alasan.

Mao berkata, AS sebaiknya bertindak mengkaji diri dan memikul tanggungjawab untuk mendorong rundingan damai di kawasan berkonflik, di samping berhenti memfitnah dan menuding jari terhadap negara lain.