Pengeluaran dan Penjualan BEV China No.1 Lapan Tahun Berturut-turut
2023-03-04 16:25:40 CRI
Eksport kenderaan bateri elektrik (BEV) China pada tahun lepas melambung 120% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencecah 679,000 buah, sekaligus menjadikan negara ini mempertahankan tempat pertama dalam ranking dunia berhubung pengeluaran dan penjualan BEV untuk lapan tahun berturut-turut.
Demikian dinyatakan Pengerusi Lembaga Pengarah Geely Auto, Li Shufu dalam sidang akhbar pertama 'Saluran Wawancara Anggota' semasa berlangsungnya Sesi Pertama Majlis Mesyurat Politik Rakyat China (CPPCC) Ke-14 petang tadi.