Sokong Tuntutan Argentina terhadap Kedaulatan Kepulauan Malvinas

2023-03-04 14:58:38  CRI
Share with:

Menteri Luar Argentina, Santiago Cafiero pada Khamis, waktu tempatan menyatakan bahawa pihaknya sudah memaklumkan keputusannya kepada Britain secara rasmi tentang mengakhiri “Persepakatan Foradori-Duncan” yang tercapai kedua-dua negara untuk menyelesaikan persengketaan Kepulauan Malvinas pada tahun 2016 dalam tempoh Sidang Menteri Luar Kumpulan 20 (G20). Beliau turut menuntut Britain melancarkan semula rundingan mengenai kedaulatan kepulauan tersebut berasaskan resolusi No.2065 Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Tuntutan Argentina yang wajar terhadap kedaulatan Kepulauan Malvinas ini patut mendapat sokongan teguh dari masayarakat antarabangsa.

Persepakatan Foradori-Duncan adalah pengumuman bersama tentang isu Kepulauan Malvinas yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Luar Argentina, Foradori dan Menteri Britain bagi Hal Ehwal Eropah dan Amerika, Duncan pada tahun 2016. Dalam dokumen itu, pegawai kedua-dua pihak berjanji akan memelihara komunikasi erat tentang isu kepulauan itu serta “menghapuskan semua halangan yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan kepulauan itu”. Bukan sedikit perdebatan yang pernah dicetuskan di Argentina ekoran dokumen yang tidak berkuatkuasa di sisi undang-undang itu.  

Britain sentiasa berlagak bisu dan tuli adalah kerana tidak mahu melepaskan keuntungan yang diperolehinya melalui saluran kurang senonoh. Kepulauan Malvinas yang mempunyai sumber minyak dan gas asli yang kaya dilihat sebagai pangkalan ketenteraan barisan depan di perairan selatan Lautan Atlantik. Siri tindakah yang dilakukan Britain termasuk mewujudkan kehadiran tentera kekal di kepulauan itu, menjalankan latihan tentera serta mengadakan pelbagai aktiviti yang bertujuan menambah warnanya terhadap mentaliti golongan belia Amerika Latin serta penginsafan mereka terhadap sejarah yang benar, jelaslah mencerminkan motif tunggalnya iaitu menduduki kepulauan itu untuk selama-lamanya. Plot ini sudah mengundang bantahan tajam dari masyarakat antarabangsa. Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) dan negara-negara membangun termasuk China pernah berkali-kali menyatakan sokongan teguh kepada Argentina untuk mengambil balik kedaulatan Kepulauan Malvinas.

Sudah genap 190 tahun Britain menduduki Kepulauan Malvinas. Mutakhir ini, pihak Argentina telah mengambil langkah yang menunjukkan keazamannya untuk mengambil balik kedaulatannya terhadap kepulauan itu. Manakala, Britain digesa memberikan respons yang positif terhadap tuntutan Argentina untuk mengadakan rundingan, dan selanjutnya mengembalikan kepulauan itu kepada Argentina dengan seawal mungkin.