Wakil NPC dari Pelbagai Lapisan Masyarakat, Relevan dengan Peringkat Akar Umbi
Perwakilan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) berasal dari pelbagai lapisan masyarakat yang melibatkan setiap daerah, sektor, bidang dan etnik.
Demikian dinyatakan jurucakap sidang media Sesi Pertama NPC Ke-14 yang diadakan di Dewan Besar Rakyat hari ini.
Menurut beliau, jumlah perwakilan NPC dari kesemua 55 buah etnik minoriti mencapai 442 orang, iaitu 14.85% keseluruhan yang berjumlah 2,977 orang. Sementara itu, wakil perantau Cina yang menetap di tanah air berjumlah 42 orang, jumlah wakil wanita menduduki 26.54% keseluruhan dengan mencecah 790 orang, manakala jumlah wakil buruh dan petani yang bertugas menempati 16.69% keseluruhan dengan mencatat 497 orang.