AS Dihantui Gejala Buruh Kanak-kanak di Negaranya

2023-03-04 14:53:25  CRI
Share with:

Setelah menjalankan tinjauan berkenaan, wartawan The New York Times, Hannah Dreier berkeluh membuat satu keputusan yang mengejutkan bahawa Amerika Syarikat (AS) semakin teruk dihantui gejala buruh kanak-kanak yang wujud sejak sekian lama di dalam negerinya.

Data Jabatan Tenaga Kerja AS (DOL) menunjukkan, sebanyak 835 syarikat mengupah lebih 3,800 buruh kanak-kanak secara haram di seluruh negaranya pada tahun 2022.

Manakala, menurut data dari Persatuan Program Peluang Pekerja Ladang (AFOP) AS pula, terdapat seramai 500,000 hingga 800,000 buruh kanak-kanak bekerja di perladangan AS. Selain itu, gejala buruh kanak-kanak juga didapati dalam syarikat-syarikat AS yang terkemuka seperti Ford, General Motors, Walmart, Whole Foods, dan Target.

Gejala buruh kanak-kanak sudah wujud dalam sektor perlombongan dan tekstil di AS selama seratus tahun lebih dan masih belum lenyap sehingga sekarang.

Satu laporan penyelidikan yang dikemukakan pertubuhan AS “Kanak-kanak Antarabangsa” menunjukkan, kadar kemiskinan kanak-kanak di negaranya jauh lebih tinggi daripada yang tercatat di negara maju lain, dengan hampir 40% kanak-kanak AS hidup dalam kemiskinan selama sekurang-kurangnya setahun sebelum umur 18 tahun.

Data Yayasan AS untuk Perlindungan Kanak-kanak pula menyaksikan 71% kanak-kanak dari kaum orang kulit berwarna hidup dalam keadaan miskin di negaranya.

AS beralasan ‘kosnya terlalu tinggi’, menolak melanjutkan tempoh masa pengecualian cukai kanak-kanak yang dikuatkuasakan dalam kempen melawan COVID-19 pada tahun lepas. Akibatnya, jumlah kanak-kanak yang hidup dalam keadaan miskin di negaranya bertambah lebih tiga juta dalam tempoh separuh tahun lalu.

Bekas dekan Sekolah Kerajaan Kennedy, Universiti Harvard, Robert Putnam dalam satu bukunya yang berjudul ‘Our Kids: The American Dream in Crisis’ menyuarakan pandangan bahawa sebahagian kanak-kanak di AS menghadapi masalah ketidaksamarataan dan ini turut membuktikan "Impian AS berdepan dengan krisis".

AS yang maling selalu berteriak maling, iaitu sebagai negara yang dihantui gejala buruh kanak-kanak, selalu melabelkan diri sebagai penjaga hak asasi manusia ibarat ‘rumah api' yang boleh mebawa sinaran cahaya. Ini semenangnya satu sindiran belaka.