'Saluran Wakil, Anggota dan Menteri' untuk Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023
'Saluran untuk mewawancara Wakil, Anggota dan Menteri' terus dibuka dalam persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Msyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) versi 2023, bagi memudahkan wakil dan anggota dari seluruh negara mengutarakan suara dan mempamerkan prestasi dalam pelaksanaan penugasan masing-masing, sedangkan petugas dari sejumlah kementerian di bawah Dewan Negara yang menghadiri persidangan tahunan terbabit berpeluang memperkenalkan langkah kerajaan dan memberikan respons terhadap keprihatinan masyarakat.
Menurut pusat penerangan persidangan tahunan NPC dan CPPCC, ketiga-tiga saluran tersebut akan dijadikan platform untuk menghimpunkan perhatian terhadap topik hangat dalam pembangunan sosioekonomi, sekaligus dijadikan tumpuan umum dan jendela utama bagi dunia luar mendapat maklumat tentang China.
Dimaklumkan, seramai 3,000 wartawan termasuk hampir 2,000 dari dalam negeri dan 1,000 lagi dari Hong Kong, Macao, Taiwan dan seberang laut, telah mendaftar untuk membuat liputan semasa berlangsungnya persidangan NPC dan CPPCC 2023.