Sesi Pertama CPPCC Dirasmikan

2023-03-04 15:52:56  CRI
Share with:

Sesi Pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan bermula pukul 3 petang ini di Beijing.

Barisan pemimpin negara yang diketuai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China dan Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat PKC, Xi Jinping menghadiri upacara perasmian sesi tersebut.

Menurut maklumat berkenaan, seramai 2,169 ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14 dalam tempoh persidangan selama tujuh hari setengah seterusnya akan mengundi untuk memilih Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC penggal baharu serta mengambil bahagian dalam perbincangan tentang dasar dan gagasan negara ini yang melibatkan isu politik, ekonomi dan sosial.