CPPCC Terima 29,323 Usul dalam Lima Tahun Lalu

2023-03-05 13:23:35  CRI
Share with:

Dalam tempoh lima tahun lalu, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah menerima usul sebanyak 29,323, dengan 23,818 daripadannya sudah difailkan dan diserahkan kepada jabatan terbabit untuk ditangani. Setakat penghujung bulan Februari lalu, 99.8% usul tersebut sudah mendapat maklum balas atau selesai diuruskan.

Ini dimaklumkan Shao Hong, Pengerusi Tetap Presidium Sidang Pertama CPPCC ke-14 ketika membuat laporan mengenai kerja penanganan usul CPPCC ke-13.