Li: Pastikan Hak Harta Syarikat Swasta dan Kepentingan Usahawan Terjamin
Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan Perdana Menteri Li Keqiang dalam sidang pembukaan sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 pagi tadi menunjukkan bahawa China akan meningkatkan perlindungan bagi memastikan hak harta syarikat swasta dan hak serta kepentingan usahawan terjamin di sisi undang-undang, menggalakkan ekonomi dan perusahaan swasta berkembang maju, menyokong pembangunan perusahaan sederhana, kecil dan mikro serta peniaga individu, berusaha membentuk hubungan yang bersih antara badan politik dengan sektor perniagaan, dan mewujudkan persekitaran persaingan yang adil bagi semua syarikat yang berlainan sistem pemilikannya bagi meningkatkan jangkaan dan keyakinan pasaran.