China Sasarkan Pertumbuhan KDNK Sekitar 5 Peratus pada 2023
Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja dibentangkannya dalam sidang pembukaan sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) menyatakan bahawa China menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar sekitar 5 peratus bagi 2023.
Selain itu, terdapat juga sejumlah sasaran dalam bidang pembangunan yang meliputi pertambahan peluang pekerjaan sebanyak 12 juta di bandar dan pekan sedangkan kadar pengangguran dikekalkan pada sekitar 5.5 peratus; kadar peningkatan Indeks Harga Pengguna dikawal pada sekitar 3 peratus; peningkatan pendapatan penduduk dijaga serentak dengan pertumbuhan ekonomi; import-eksport didorong ke arah yang mantap dan berkualiti, dan keseimbangan antara pendapatan dengan perbelanjaan diwujudkan di arena antarabangsa; penghasilan bijirin dikekalkan 650 bilion kilogram ke atas; dan penggunaan sumber tenaga fosil dijadikan satu tumpuan dalam kawalan kerajaan demi pembaikpulihan ekologi alam.