CMBI Capai Paras Tertinggi Lima Bulan Terdekat

2023-03-05 15:16:31  CRI
Share with:

Indeks Komoditi Pukal China (CMBI) meningkat ke 102.8% pada Februari lalu, bertambah 2.4 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya, iaitu mencapai satu paras tertinggi dalam tempoh lima bulan lalu.

Menurut data statstik yang diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini, pasaran komoditi pukal domestik kelihatan mula pulih dan penambahbaikan yang tertentu dapat disaksikan dalam urusniaga bidangan.

Dilihat dari segi penjualan, komoditi utama seperti besi dan keluli, arang batu, logam bukan  ferus, produk kimia dan automobil berhenti menguncup dan mula meningkat,  sedangkan bijih besi dan minyak bertapis terus melantun sehingga semakin pesat.