Xi Utus Kawat Tahniah kepada Presiden Baharu Nigeria

2023-03-05 09:30:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Bola Tinubu atas terpilihnya sebagai Presiden Republik Persekutuan Nigeria.
Xi menyatakan bahawa hubungan China dengan Nigeria, rakan strategik yang penting di Afrika, berkembang baik pada beberapa tahun kebelakangan ini, sedangkan kerjasama substantif dalam pelbagai bidang amat berhasil. Kedua-dua negara ini menyokong antara satu sama lain dalam menangani isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan besar masing-masing di samping berkoordinasi erat dalam urusan antarabangsa dan serantau.
Xi menyatakan beliau amat mementingkan hubungan dengan Nigeria, dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden Bola Tinubu untuk mendorong hubungan rakan strategik China-Nigeria berkembang ke tahap lebih tinggi.