Lagi Insiden Kereta Api Tergelincir di Ohio

2023-03-06 12:44:06  cri
Share with:

Sebuah lagi kereta api kendalian syarikat kereta api Norfolk Southern Amerika Syarikat (AS) tergelincir di Ohio pada 4 Mac waktu tempatan. Syarikat itu mendakwa bahawa "tiada kebocoran bahan berbahaya".

Menurut kenyataan Norfolk Southern pada 5 Mac, apabila kereta api terbabit melalui Springfield, kira-kira 20 daripada 212 gerabak tergelincir. 

"Ia tidak melibatkan bahan berbahaya dan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan," kata kenyataan itu.

Pada 3 Februari lalu, sebuah kereta api yang membawa bahan kimia toksik tergelincir di kawasan Palestin Timur, negeri Ohio, AS. Sejumlah 50 gerabak tergelincir, termasuk 11 gerabak membawa gas kimia berbahaya. Insiden tersebut menjejaskan alam sekitar dan kesihatan penduduk di kawasan sekitar.