NPC Ke-14 Tubuhkan 10 Jawatankuasa Khas

2023-03-06 14:59:36  CRI
Share with:

Sesi pleno pertama sidang pertama Kongres Rakyat Kebangasaan China (NPC) ke-14 diadakan pada Ahad. Ia meluluskan resolusi untuk menubuhkan 10 jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik, Jawatankuasa Perlembagaan dan Undang-undang, Jawatankuasa Penyeliaan dan Kehakiman, Jawatankuasa Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi, Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Kebudayaan dan Kesihatan, Jawatankuasa Hubungan Luar, Jawatankuasa Perantau, Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber Alam, Jawatankuasa Pertanian dan Kawasan Luar Bandar, serta Jawatankuasa Pembangunan Sosial. Setiap jawatankuasa tersebut dilengkapi jawatan pengerusi, beberapa naib pengerusi dan beberapa anggota.

Menurut prosedur NPC, semasa sidang tahunan NPC diadakan, Jawatankuasa Perlembagaan dan Undang-Undang akan membahaskan rang pindaan undang-undang, manakala Jawatankuasa Kewangan dan Ekonomi akan menyemak rancangan pembangunan sosioekonomi serta belanjawan kerajaan pusat dan tempatan.