Penghasilan Permaidani, Penjana Pendapatan Penduduk Tanah Tinggi

2023-03-06 11:34:16  CRI
Share with:

Dalam satu bengkel milik Syarikat Kumpulan Permaidani Shengyuan di bandar Xining, provinsi Qinghai, boleh kelihatan proses penghasilan permaidani yang bercorak cantik buatan bulu lembu dan kambing yang berkualiti berdasarkan teknik yang istimewa.

Terdapat lebih 300 orang pekerja yang bertugas dalam syarikat tersebut, dan 70% daripadanya adalah wanita dari kampung dan pekan di sekitar bengkel itu. Mereka yang pernah mengikuti latihan teknik sebelum mendapat peluang pekerjaan ini teruja sudah mempunyai kerjaya sendiri yang boleh membawa pulangan kepada isi rumah.