Pasaran Penggunaan China Melonjak

2023-03-06 14:49:44  CRI
Share with:

Penggunaan muktamad merupakan pendorong berkekalan bagi pertumbuhan ekonomi, kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Li Chunlin dalam sidang khabar anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini.

Beliau berkata, pasaran penggunaan China memperlihatkan kecederungan pulih dengan cepat. Pergerakan rentas wilayah banyak meningkat, sementara sektor katering, kebudayaan, dan hiburan pulih dengan cepat.

Selain itu, cuti perayaan tradisional China seperti Tahun Baharu China (TBC) dan Cap Goh Mei turut menyumbang kepada peningkatan penggunaan muktamad pada awal tahun ini.

Statistik berkenaan mendapati, dalam tempoh perayaan TBC ini, pendapatan industri pelancongan meningkat RMB375.8 bilion (RM243.13bilion) berbanding tahun lalu, manakala jumlah pelancong dalam negeri mencapai 308 juta, masing-masing naik 30 peratus dan 23.1 peratus, sekali gus pulih kepada 73 peratas dan 89 peratus pada tahun 2009.

“Dipandang dari segi sepanjang tahun ini, penggunaan akan menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi dan memainkan peranan asas bagi pertumbuhan ekonomi domestik,” kata beliau.