Kebakaran Berlaku di “Cop City” Atlanta

2023-03-06 14:57:47  CRI
Share with:

Kebakaran berlaku di tempat pembinaan pusat latihan polis Atlanta, Amerika Syarikat (AS), ekoran konflik kekerasan antara pemprotes dengan pihak polis tempatan, pada Ahad. 

Beratus-ratus pemprotes berhimpun di tempat pembinaan pusat tersebut, yang juga dikenali sebagai “Cop City”, sebelum berkonflik dengan penguatkuasa undang-undang. Mereka melemparkan bahan bakar dan menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan pembinaan terbakar.

Untuk rekod, Majlis Perbandaran Atlanta meluluskan peruntukan dana sebanyak USD90 juta bagi pembinaan “Cop City”. Keputusan tersebut dibantah keras oleh pemprotes kerana pembinaannya di kawasan hutan itu akan menjejaskan sumber perhutanan.

Sejak Disember lalu, sekurang-kurangnya 19 pemprotes ditahan dan didakwa terlibat dalam jenayah keganasan dalam negeri.